Sunday, October 28, 2012

Majlis Korban Aidiladha Surau TSP 2012

Salam Aidiladha...
Majlis korban surau telah diadakan pada 28/10/12 Ahad (12 Zulhijjah 1433H) di Surau Taman Sutera Prima. Seberang Jaya bermula jam 7.00 pagi.

Sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan dan majlis bermula jam 7.40 pagi iaitu sembelihan yang pertama.
Sembelihan ketujuh tamat pada 9.15 pagi dan proses pelapahan siap dalam pukul 11.10 pagi.

Aktiviti memasak tamat pada pukul 12.00 thari. Menu masakan adalah
     Gulai Daging
     Daging masak hitam
     Air Asam
     Sup Tulang dan gear box
Air oren, limau, mempelam untuk memotong lemak.

YB Datuk Arif Shah turut hadir memeriahkan majlis.
Majlis tahlil diadakan pada pukul 12.10 thari dan majlis makan pada 12.40 thari.
Solat Zhohor secara berjemaah dan majlis makan bersambung semula sehingga 2.30 pm.
Aktiviti pengemasan dilakukan sehingga pukul 3.20 pm dan majlis tamat pada 3.30 pm

Seramai 300 penduduk setempat telah bekerjasama dan bertungkus lumus untuk memeriahkan dan menjayakan  aktiviti majlis korban yang telah mencatat rekod surau dimana 7 ekor lembu dikorbankan berbanding dgn tahun lalu 5 ekor lembu.

Terimakasih kepada semua yg telah menjayakan majlis dan juga kepada 'pengorban' yang telah mensedekahkan daging untuk tujuan kenduri surau.
Hanya Allah swt yang akan membalas jasa baik anda sekalian.

Sekian dan semoga segala usaha kita diberkati.


7 Ekor lembu sampai

  

 


Penyembeliha pertama


Sarapan pagi

































































YB Datuk Ariff Shah Haji Omar Shah (ADUN Seberang Jaya, P. Pinang) turut hadir memeriahkan majlis korban sambil mempromosikan kopi   NIGELLA Mineral Coffee


 
    

                       
    
 
                              
 

View P1030793.JPG in slide show
                      



Majlis Tahlil dipimpin oleh Saudara Shiful Bahri                                                        







Jamuan Makan Bermula